Rabu, 15 Februari 2017

Sekapur Sirih daripada Pengerusi Surau Kiyai Redzwan





Sekapur Sirih daripada Pengerusi Surau Kiyai Redzwan
Alhamdulillah , bersyukur kita kehadrat Allah , Penguasa terhadap sekelian makhluk diseluruh alam ini.

Sekalung ucapan tahniah kepada En.Othman Sukir selalu ketua Lujnah Dokumentasi SKHR serta semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana berjaya mewujudkan laman web SKHR .


Selaku pengerusi , saya sangat mengalu-alukan segala bentuk sumbangan dan idea dalam pelbagai cara dan kaedah yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada ummah dalam usaha kita mencari redha Allah.

Sebagai pembuka bicara , saya berserta saf kepimpinan SKHR sangat mengharapkan agar dengan mewujudkan laman web SKHR dapat memudahkan lagi penyebaran maklumat bagi setiap aktiviti yang telah dan akan dijalankan di SKHR serta dapat dikongsi untuk manfaat bersama.

Semoga dengan kemudahan seperti ini mudah mudahan dapat lebih mendorongkan lagi komitmen kita untuk menyediakan bekalan bagi kehidupan akhirat yang kekal abadi selamanya.

Begitu juga adalah diharapkan semuga ianya mencetus semangat untuk menyahut seruan Amal Maaruf Dan Nahi Mungkar sebahagian Firman Allah , dalam Surah Ali 'Imran Ayat 10 yang bermaksud ..,

"Kamulah sebaik- baik umat dikeluarkan untuk manusia (ditugaskan) menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran , dan beriman kepada Allah......."

Akhirnya , marilah kita meletakkan diri kita supaya tergolong dari kalangan orang- orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan pesan pada kesabaran dalam usaha sebahagian penerus risalah yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...