BLOGGER







Syukur Alhamdullilah pada FEBRUARI 2017
Blog Surau Kiyai Haji Redzwan 
Lot 2064 Jalan Belimbing Meru 41050 Klang Selangor Malaysia

ini telah berjaya dibangunkan dan diwujudkan atas kesedaran kehambaan membuat bakti kepada Allah s.w.t bagi kemudahan kepada semua ahli kariah untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangansegala aktiviti semasa Surau Kiyai Haji Redzwan.

Sesungguhnya dalam era dunia tanpa sempadan tidak dapat dinafikan bahawa blog merupakan satu media alternatif yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada para pengunjung, menggunakan saluran internet sebagai medium untuk menyampai dan mendapatkan maklumat atau berita terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang murni dan bermenafaat.

Saya amat berharap agar penduduk khariah dan pengunjung-pengunjung akan mengambil peluang ini untuk berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya bagi membantu mempertingkat dan memantapkan lagi Blog Surau Kiyai Haji Redzwan.

Diharap Blog Surau Kiyai Haji Redzwan ini dapat membantu dalam meningkatkan lagi jalinan yang erat di antara penduduk khariah dan pengunjung-pengunjung tanpa mengira status untuk menyertainya. Kepada mereka ingin menyumbang sebarang idea , pendapat ,cadangan dan pandangan membina untuk kemajuan Surau Kiyai Haji Redzwan kemukakan ke :




whatsap 0196636645


Lain-lain hal mengenai Surau Kiyai Haji Redzwan tuan/puan boleh berhubung terus dengan Pegawai & Ahli Jawatankuasa surau yang telah di amanahkan.

Sekian, terima kasih.
Pentadbir Blog Surau Kiyai Haji Redzwan
Lujnah Dokumentasi
Othman bin Haji Sukir - 0196636645


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...