Tahniah kepada Ketua Muslimat dan AJK yang terlibat telah berjaya menganjurkan " Ziarah Muhabbah Sessi 1 " pada 19 Februari 2017,
Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli khariah SKHR serta AJK Surau dan penduduk taman-taman yang berada di sekitar khariah SKHR, Jalan Belimbing.
Objektif utama adalah untuk melantik Wakil Muslimat Taman sebagai AJK Surau 2017 bagi memudahkan menyalurkan informasi program2 Surau yang akan di jalankan,
Untuk kali Sessi 1 -2017 Ziarah Muhabbah telah diadakan di rumah Puan Lily & Encik Azli Taman -Meru Damai 2 . Program diketuai oleh Ustazah Arfah selaku Ketua Muslimat dan AJK SKHR,
Tahniah sekali lagi , Salam Ziarah Muhhabah
HADIS 13
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1. Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.
2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan kerana hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.
3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
4. Dianjurkan untuk bersatu hati sesama umat Islam.
Wassalam
2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan kerana hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.
3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
4. Dianjurkan untuk bersatu hati sesama umat Islam.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan